Yuyuhanayuni - Mi Goreng Mamak

Assalammua'laikum gais..

Hari ni kita bersiaran dengan tajuk masak2. Hehe πŸ˜‹Kali ni Yuyu nak menceritakan antara favourite makanan Yuyu iaitu mi goreng mamak. Mi Goreng Mamak yang Yuyu buat ni versi gerai mamak bawah pokok ceri, Kuantan.

Mi goreng mamak ni adalah hasil tinjauan Yuyu masa makan kat situ dulu. Mi goreng mamak ni kira legend la kat Kuantan. Dah berpuluh tahun mereka berniaga kat situ dan rasanya kekal sama dari dulu sampai sekarang walaupun dah bertukar generasi. Mi goreng mamak ni murah je sebab depa tak menggunakan ayam.

Mi Goreng Mamak style gerai mamak bawah pokok ceri Kuantan


Bahan-bahan yang digunakan 
  • Mi kuning 1 peket
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Cili 6 biji
  • Ubi kentang 1 biji
  • Serbuk Kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Karamel masakan 3 sudu besar
  • Kicap Jalen Manis (Yuyu memang minat kicap ni. Guna jenama lain pun boleh)
  • Chicken ball (sepatutnya tauhu tapi Yuyu tade jadi ganti je la)
  • Telur ayam 2 biji
  • Limau Nipis 1 biji
Cara-cara memasak

Ubi kentang dipotong dadu, diletakkan serbuk kunyit dan sedikit garam

Goreng ubi kentang

Sediakan bahan2 untuk menumis


Dah potong2 dan basuh, masuk minyak sikit dan tumiskan

Sediakan 3 sudu besar Cili Kisar

Tumiskan cili kisar dengan bahan2 yang telah ditumis tadi

Masukkan sos tiram 3 sudu besar

Masukkan Karamel Masakan 3 sudu besar


Masukkan Kicap Jalen (agak2 je)


Gaul dan ratakan sos2 dan kicap tadi

Masukkan garam secukup rasa

Gaulkan garam. Pastikan rata semua garam tu

Sediakan chicken ball

Gaulkan rata chicken ball tu


Kacau beberapa ketika

Dah tiba masa untuk masukkan mee kuning!


Banyak mi ni. Untuk makan 3-4 orang

Sediakan 2 biji telur (yuyu dah masukkan sebiji telur baru nak ambil gambar)

Campak je telur kat atas mee dan gaulkan

Masukkan ubi kentang yang dah siap digoreng tadi, gaulkan dan dah pun siap!



Potong sebiji limau nipis dan perah ke atas mi. Gaulkan mi. Pergghhh!!! Memang terangkat la.. hehe


Mi goreng mamak sedap dimasak sehingga kering dan ada garing2 skit. Tapi jangan banyak sangat, kang jadi mi goreng mamak hangit plak πŸ˜‚ Limau nipis memang wajib ada untuk rasa masam2 skit, memang kena dengan mi goreng mamak. 

Dah siap, apa lagi.. makan ler.. πŸ˜‹

Okey, sampai sini saja untuk kali ni. Bagi yuyu memang best mee goreng mamak style ni. Tapi ye la.. lain tekak, lain la rasanya kan? 

Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada sesiapa saje yang memerlukan. 

Bye.. see you when I see you..

Comments

Popular posts from this blog

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Sembelit yang sangat menyakitkan..

Ulam Raja