Yuyuhanayuni - Ketam Masak Lemak Cili Api


Assalammua'laikum semua sahabat2 yang dikasihi Allah S.W.T dan disayangi para nabi..

Yuyu nak tulis pasal menu tengahhari yang Yuyu masak hari ni iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api. Senang je nak masaknya.. Semua boleh buat punyalah.. Yuyu yakin!


Ketam Masak Lemak Cili Api cara Yuyu


Bahan-bahan yang digunakan:

🍚 Ketam Nipah 5 ekor (dibelah separuh)
🍚 Cili Padi 20 biji (ikut kesesuaian)
🍚 Kunyit Hidup 2 inci
🍚 Serai 3 batang
🍚 Bawang Putih 3 biji
🍚 Bawang Merah 4 biji
🍚 Santan 1 kotak
🍚 Daun Kunyit 3 helai diikat
🍚 Sos Tiram 1 sudu kecil (tak letak pun takpe)
🍚 Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Siang ketam dan basuh sehingga bersih



2) Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup sehingga lumat (kalau nak senang, blender je)





3) Masuk sedikit minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi, serai dan daun kunyit. Tumis sehingga naik bau



4) Masukkan ketam dan tambah air (Yuyu agak2 je)

5) Masukkan sos tiram dan garam. Tunggu sehingga ketam masak

6) Masukkan santan. Lebih banyak santan lagi sedap





7) Tunggu sehingga masak. Jangan sampai santan pecah.



Okey dah siap.. Boleh makan dengan hati yang riang..

Yuyu kalau makan ketam ni wajib ada anak lesung batu kat tepi. Nak buat apa? Nak ketuk2 kulit ketam tu ler.. Hehe..

Semoga perkongsian resepi kali ni memberi manfaat dan idea kepada sesiapa yang memerlukan. Jumpa lagi di lain kali..

See you when I see you.. Bye!!!

Comments

Popular posts from this blog

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Ulam Raja

Sembelit yang sangat menyakitkan..