Yuyuhanayuni - Ganti Paip Bocor
Assalamualaikum pada para sahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan dikasihi para nabi sekalian.
Hari ini Yuyu nak cerita pasal penggantian paip PVC yang masuk ke tangki rumah. Untuk ganti paip ni Yuyu tak buat sendiri tapi Yuyu panggil tukang paip. Sebabnya dah dua tiga kali kami panjat siling tampal paip bocor. Yuyu takde tangga. Nak panjat kena panjat kat grill pintu dapur dan panjat pintu dapur. Agak menyakitkan kaki dan menggunakan tenaga yang banyak. Lagipun boleh claim dengan owner rumah jadi tak perlulah nak panjat bagai, nak beli barang lagi kan? Tak tahan Yuyu sebab bocor yang last sekali ni sampai banjir bahagian dapur. Bayangkan besen besar pun boleh penuh dengan air sebab bocor dari atas siling. Stress!!
Yuyu cari tukang paip kat Google. Cari punya cari dapatlah seorang tukang paip ni yang duduk tak jauh sangat dari kawasan rumah Yuyu. Dia kata dia ada kat kenduri kahwin. Lepas dia balik kenduri baru dia datang rumah untuk check apa masalah. Mula mula ingatkan pelampung rosak sebab air banyak keluar melimpah dari tangki. Lepas dia tengok rupa-rupanya ada lagi bocor kecil di bahagian paip PVC yang nak masuk ke tangki.
Mula-mula dia simen dulu bahagian tu nak tengok macam mana. Katanya kalau esok pun bocor juga kena tukar paip sebab mungkin paip tu dah lama sangat. Dah tampal bocor pun akan ada bahagian lain yang akan bocor pula. Jadi Yuyu pun tutuplah paip Utama yang masuk ke tangki supaya tak banjir lagi bahagian dapur.
Esoknya..
Memang sah paip tu kena tukar sebab banyak lagi air yang keluar ke bahagian dapur. Lepas beritahu tukang paip tu dia pun beli barang iaitu paip dan sambungan paip untuk ditukar. Petang baru dia ada kesempatan untuk datang tukarkan paip tu.
Ni adalah paip lama tengok dah ada tampalan simen warna hijau
Ni tampalan pertama yang dekat dengan lubang tangki
Tampalan simen di paip masuk ke tangki simpanan air dan lubang tangki tu Yuyu buat sendiri. Beli simen kat Mr. DIY dan hardware. Dua kali dah tampal bahagian tu.
Ni tampalan simen yang kedua yang Yuyu buat sebelum ni
Yang bahagian ni Yuyu DIY sendiri juga.Simen hijau ni Yuyu beli kat hardware. Jenama Hardex. Lebih kuat dari yang kat Mr. DIY. Harga simen Hardex ni RM10. Kalau yang Mr. DIY tu dalam RM6 lebih kalau tak silap.
Bahagian paip lama L yang ditukar
Ni jenis sambungan lain daripada asal
Setelah siap laju je air masuk kedalam tangki tanpa ada bocor langsung
Sekarang Yuyu tak perlu lagi tutup Paip Utama ke tangki dan juga paip utama di luar rumah untuk mengelakkan banjir. Caj yang dikenakan untuk simen paip sebelum ni dan penukaran paip baru adalah RM100. Sangat puas hati dengan brader tukang paip ni sebab hasilnya sangat memuaskan.
Semoga penulisan kali ini dapat memberi idea kepada sesiapa yang mengalami masalah banjir dalam rumah. Kalau bukan overflow (pelampung rosak), mungkin ada bocor kecik di paip. Kalau pandai dan sanggup panjat atas siling dan berpanas, boleh DIY je. Hehe..
Okey sampai sini saja untuk kali ini. Bye..
See You When I See You...
Comments
Post a Comment