Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Assalammua'laikum semua..

Hari ni Yuyu nak bercerita pasal jalan-jalan cari makan di Kuantan. Tempat yang Yuyu suggest ni memang sedap makanannya.. Uolss sampai Kuantan boleh lah try ye?

Okey Yuyu nak ceritakan pasal sarapan pagi. Kedai pertama yang dicari untuk sarapan pagi adalah Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim. Nama official kedai ni Yuyu tak tahu tapi pemilik gerai ni dulu namanya Wan Ibrahim. Semua family Yuyu panggil dengan nama Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim. Anak sedara Yuyu panggil gerai tu sebagai Kedai Jauh. Sebabnya atuknya selalu bagi alasan tanak beli kat kedai tu sebab jauh. Hehe..

Apa yang menarik disini? Paling menarik bagi Yuyu di kedai ini ialah sambal nasi lemaknya. Kalau makan memang mintak sambal lebih je. Kalau tapau memang satu plastik khas untuk sambal sahaja. Walaupun sambal ini rasanya dah kurang sedikit berbanding dengan dulu tetapi masih sedap dan masih tidak dapat dilawan oleh mana-mana sambal nasi lemak, bagi Yuyu lah. Selain sambal nasi lemak, lauk ayam masak kari pun Yuyu suka. Lain-lain lauk adalah telur mata, telur rebus, ayam goreng, bihun, mi dan kuih-muih.

Kiri : Nasi Lemak Ayam Kari dengan Telur Mata. Kanan : Nasi Lemak dengan Ayam Goreng

Pemiliknya, Wan Ibrahim sudah lama meninggal dunia dan sekarang diambil alih oleh menantu dan cucu-cucunya. Kalau dulu datang lambat sikit alamatnya tak merasalah nasi lemak ke, bihun ke ataupun mi. Tapi sekarang mereka membuka perniagaan sehingga 10 pagi kalau tak silap. Dulu-dulu pukul 8 pagi dah habis dah. Sekarang kalau habis dia orang masak lagi tu yang bestnya hihihi. Sambal ni memang sedap dimakan untuk semua makanan yang dijual di situ. Berapa banyak sambal yang Yuyu ambil? Kalau satu bungkus nasi lemak tu, Yuyu minta tiga hingga empat ceduk sambal. Banyak kan? Pedas tapi sangat sedap..

Gerai nasi lemak Wan Ibrahim ni terletak di Jalan Darat Makbar, jala utama yang digunakan orang ramai dari arah Kg Jawa, Bukit Setongkol dan Bukit Beirut untuk ke bandar Kuantan. Memang strategik la kan kedudukan gerai ni. Gerai nasi lemak Wan Ibrahim ni berdekatan dengan Petronas dan bersebelahan dengan restoran Kampung Tengah. Kebiasannya orang parking tepi jalan je. Tapi kalau dah tak ada tu memang parking kat Petronas la, tak ada jauh mana pun dalam 50 meter je tapi Yuyu kalau pergi sana memang parking kat Petronas sebab senang kalau tepi jalan ni banyak kereta lalu lalang payah pula. Haa.. masa nak balik baru Yuyu ambil gambar banting gerai ni. Lain benar nama dia.. tak pasti apa maksud @ETO tu..

Nama Official Gerai : Nasi Lemak Sambal @ ETO

Kebiasaannya Yuyu bungkus nasi lemak ni untuk bawa balik makan di rumah. Tapi kali ni Yuyu makan di restoran Kampung Tengah dengan minum teh tarik.. Marvelousss..
Harga? Lupa plak nak tanya berapa harga nasi lemak biasa, tambah ayam, tambah telur.. Ye la.. orang lain yang bayarkan.. hehe.. tapi harganya biasa2 je tade la mahal. Rasanya kurang RM2 kot satu nasi lemak biasa..

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim atau Nasi Lemak Sambal @ ETO ni tade dalam Google Maps. Tapi kalau nak cari kat Google Maps, taip Restoran Kg Tengah. 


Ok, sampai sini saje untuk kali ni.. Nanti Yuyu cerita tempat makan best lain plak.. See you when I see you..

Comments

Popular posts from this blog

Ulam Raja

Sembelit yang sangat menyakitkan..