Yuyuhanayuni - Bersantai di Pantai Sepat
Assalamualaikum semua...
Hari ini Yuyu nak bawa semua ke salah satu tempat yang menarik di Kuantan yang jarang orang kunjungi kecuali orang tempatan iaitu Pantai Sepat.
Pantai Sepat ni terletak di Kampung Sepat yang terletak seberang Bandar Kuantan. Nak pergi ke sini kena melalui Tanjung Lumpur yang biasanya menjadi tarikan orang untuk makan malam kerana terdapat banyak restoran ikan bakar. Jarak dari bandar Kuantan ialah lebih kurang 25 minit sahaja. Pantai ni menarik sebab kawasan pantainya yang sangat luas, jauh lebih luas dari Teluk Chempedak. Lagipun, kita boleh bawa kereta berhampiran dengan pantai. Kalau yang ada campervan tu, memang sesuai sangat la gi kat sini. Bawah ni adalah sebahagian gambar Pantai Sepat yang sempat Yuyu ambil untuk tatapan semua.
Pantai Sepat ni tiada pihak yang menguruskannya. Jadi, kita sebagai pengguna haruslah menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di kawasan pantai. Terdapat beberapa gerai, kedai runcit dan kawasan parking tidak berbayar setibanya kita di Pantai Sepat (selepas selekoh). Tapi Yuyu tak suka pergi kat situ sebab ramai orang. Yuyu sekeluarga pilih kawasan yang jauh sikit (berhampiran dengan kawasan perkuburan). Lebih privacy dan senang parking.
Tengok anak buah main kejar-kejar rumput yang bergolek laju bila ditiup angin dan buat istana pasir ikut imaginasi dia sendiri
Kami tak bawa makanan atau baju pun, tapi sekadar untuk release tension, ambil angin dan teman anak buah main pantai (memang anak buah yang beriya-riya sangat nak main pantai). Best sangat santai di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Airnya pun bersih. Tak banyak gambar yang Yuyu ambil sebab terleka dengan tiupan angin pantai dan asyik main kejar-kejar dengan anak sedara. Yuyu tak lama pun kat pantai ni. Lebih kurang sejam je sebab datang pun dah lewat. Tak puas rasanya. Lain kali Yuyu nak datang lagi. Nak berkelah pulak kat sini. Orang lain ramai je berkelah kat sini. Berkhemah pun ada.
Insha Allah, ada masa Yuyu sampai lagi ke Pantai Sepat ni. Lain kali nak datang awal, berkelah dan nak mandi pantai jugak. Seronok je tengok orang lain mandi pantai. Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan idea kepada sesiapa yang nak release tension di tepi pantai..
Okey, sampai sini saje untuk kali ni.. See you when I see you..
Comments
Post a Comment