Yuyuhanayuni - Makan2 di Port Kawan Cafe

Assalamua'laikum gaiss..

Post kali ini pasal kedai makan sedap di Kuantan lagi. Ya, pasal makan lagi.. Makan kan best? Hehe..

Kedai makan yang Yuyu nak cerita ni bercirikan kafe, bukan kedai makan tomyam atau kedai masakan panas yang biasa dibuka untuk makan malam. Kalau nak makan nasi goreng ke nasi berlauk ke ikan bakar ke, memang tak dapatla kat sini. Kedai ni terletak jauh sikit dari bandar Kuantan iaitu di Sungai Karang. Nama kafe ni adalah Port Kawan Cafe.


Papan tanda di pintu masuk Cafe Port Kawan

Jika anda dari bandar Kuantan, pergi ke Jalan Beserah menuju ke Balok. Bila dah jumpa Swiss Garden Hotel di sebelah kanan, maksudnya dah tak jauh dah tu. Kedai ni tak jauh dari pantai.. Bawah ni Yuyu tunjukkan kedai tu di Google Maps. Bagi yang suka menggunakan plus code, ini kodnya W977+WX Balok, Pahang.



Port Kawan Cafe ni baru dibuka pada April tahun ni (2018) kalau tak silap. Jadi menunya sedang bertambah dari semasa ke semasa. Waktu perniagaannya pula adalah dari 5 petang hingga ke 11 malam (Selasa, Rabu, Khamis, Ahad) dan sehingga 12 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, menurut laman facebook Port Kawan. Port Kawan Cafe ditutup pada setia hari Isnin.

Antara menu yang sudah ada di sini ialah western food, aiskrim, mocktail, kek, smoothies, float dan Yong Tau Foo. Salah satu menu yang menjadi kegemaran orang ramai ialah Mi Kari Udang. Kalau tak nak udang boleh tukar dengan kerang.

Yuyu dengan excitednya order Mi Kari Udang. Tapi, udang plak dah habis 😭😭😭 Disebabkan Yuyu tak boleh makan kerang jadi order Mi Kari biasa jelah. Lagi satu Yuyu order Chicken Grill. Air pula Yuyu order air Sjora dan Blue Lagoon. Rasa Mi Karinya tidak asing lagi, sama dengan rasa Mi Kari di kopitiam, sangat sedap. Port Kawan telah menambah portion untuk Mi Kari jadi dengan makan Mi Kari saje, sudah kenyang.


Ni lah dia Mi Kari Port Kawan dan Cheese Fish Tofu

Yuyu sangat suka Chicken Grill kat sini. Sedap giler dia punya sos mushroom. Rasa macam tak cukup je tapi Yuyu dah kenyang hihihi kau orang kena cuba tau Chicken Grill ni. Sos chicken grill dibuat sendiri bukan resipi dari mana2. Yuyu bagi 5  untuk Chicken Grill dan 4  untuk Mi Kari sebab udang dah habis.. 😭😭😭 Laku sangat Mi Kari tu..


Chicken Grill dengan sos mushroom yang sangat sedap

Air Blue Lagoon yang menyegarkan

Sayang sekali Yuyu tak dapat merasa antara menu tarikan Port Kawan Cafe iaitu Yong Tau Foo kerana pekerja yang menguruskan tempat tu tak dapat datang bekerja hari tu. Yong Tau Foo disini mendapat pujian yang tinggi dari pelanggan sebelum ni tapi mungkin bukan rezeki Yuyu, tak dapatlah merasa..

Suasana di Port Kawan Cafe ni sangat best.. decoration dalaman dan luaran memang kelas gitu.. Ada barang vintage macam telefon lama, mesin taip, peti surat lama, labu sayung, koleksi kereta permainan klasik dan lain-lain yang Yuyu tak berapa ingat. Selain dari mempamerkan barangan, Port Kawan Cafe juga menjual cenderamata di satu sudut di bahagian dalam. Owh ya, bahagian dalam ada aircond dan sofa tau?



 Ruang ni adalah ruang jualan cenderahati. Telefon antik di bahagian dinding. Gambar dekat kabur..😥😥😥

 Antara koleksi kereta antik yang dipamerkan


Sape sempat guna mesin taip? Yuyu tak sempat guna..  

Peti pos antik.. sekarang kebanyakannya semua bentuk petak

Kat bahagian luar pulak, ada meja yang diperbuat dari tong untuk 2-3 orang tapi biasanya 2 orang je yang duduk. Ada meja bulat yang tidak berbumbung dan ada kawasan berbumbung.  Bahagian luar ni ada tempat permainan kanak-kanak. Sudut ni diberi nama Construction Kidz Zone. Kat sudut ni Yuyu tengok ramai budak-budak main lori pasir dan lori lori yang seangkatan dengannya la.. Tak tau apa nama lori tu. Tapi tak dapat nak pos gambar tu sebab kabur 😭😭😭

Ruang depan yang luas

Tandas terletak di bahagian depan sebelah tepi, jadi takde lah kita takut sangat nak hidup ke tandas. Biasa kedai makan tandasnya kat bahagian belakang yang gelap gelita.. 
Yang paling menarik, ada satu papan tanda kat bahagian dalam Port Kawan Cafe yang mengatakan, pesanan akan lambat sedikit ketiga waktu solat.. sebabnya.. pekerja-pekerja akan solat dulu bergilir-gilir.. menghormati azan dan solat di awal waktu kan disuruh dalam agama Islam?


Alhamdulillah.. pekerja-pekerja mereka pun disuruh solat dahulu apabila masuk waktu

 Bahagian kaunter


Haa.. ni antara kemudahan yang ada disini.. kawasan parking.. Kedai-kedai di sekitar sini orang parking tepi jalan je. Ni antara sebab juga kenapa orang pergi ke kedai ni. Bila ada kawasan parking yang khas, selesa la sikit pelanggan, tak payah cari parking jauh-jauh. Betul tak? Sampai sini je untuk kali ni. Balik dari sini memang kekenyangan. Rasa sangat berbaloi sebab makanannya sangat menepati citarasa Yuyu. Two thumbs up!

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke Facebook Port Kawan atau Instagram Port Kawan (port.kawan). Ok, see you when I see you..



Comments

Popular posts from this blog

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Ulam Raja

Sembelit yang sangat menyakitkan..