Kapsul Masa

Assalammua'laikum uolls.. pernah dengar tentang kapsul masa tak? Ala.. Macam masa kecik2 dulu.. tulis apa2 kat  kertas, letak dalam bekas, pastu tanam dalam tanah dan nak buka bila besar nanti. Ada jugak yang siap lukis peta kat mana kapsul masa tu ditanam πŸ˜€

Kapsul Masa di R&R Rawang

Hujung bulan Mei lepas ada masuk berita bahasa kapsul masa dekat RNR Rawang yang sepatutnya di buka oleh Tun Mahathir pada hari itu, selepas tamatnya tempoh konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018. Ada beberapa lagi kapsul masa yang Tun Mahathir tanam di sekitar Lembah Klang antaranya kompleks membeli belah The Mall yang sekarang ni dikenali sebagai Sunway Putra Mall selepas dibeli oleh Sunway Berhad yang mana kapsul masanya akan dibuka pada tahun 2087. Tempat lain adalah Monumen Millenium Putrajaya (akan dibuka tahun 2020), Bursa Malaysia (2 kapsul masing2 ditanam oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin). 



Yuyu sempat singgah di RNR Rawang pada hujung minggu lepas untuk berehat. Yuyu ambil kesempatan ini untuk melihat menyemen monumen atau Tugu Peringatan di RNR Rawang ini. Di Tugu Peringatan ini ditubuhkan dibina pada tahun 1994 sempena perasmian projek PLUS (Projek Lebuhraya Utara-Selatan). Ingat nak bergambar dekat2 ngan monumen tu tapi ada pulak pak guard tidur kat tepi tu.. jadi dapat ambil gambar dari jauh je la.



 
Tanda perasmian Projek Lebuhraya Utara-Selatan

Nampak tak kasut pak guard sebelah kanan tu.. Atas skit dari kasut tu la tempat tertanamnya kapsul masa di R&R Rawang

Sehingga kini dokumen kapsul masa di R&R Rawang belum lagi di buka oleh Tun Mahathir ataupun konsesi Plus. Bila lagi agaknya nak buka ye? Nak tengok jugak dokumen apa yg lama sangat tertanam dalam tu..

Comments

Popular posts from this blog

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Ulam Raja

Sembelit yang sangat menyakitkan..