Posts

Showing posts from September, 2018

Yuyuhanayuni - Makan2 di Port Kawan Cafe

Image
Assalamua'laikum gaiss.. Post kali ini pasal kedai makan sedap di Kuantan lagi. Ya, pasal makan lagi.. Makan kan best? Hehe.. Kedai makan yang Yuyu nak cerita ni bercirikan kafe, bukan kedai makan tomyam atau kedai masakan panas yang biasa dibuka untuk makan malam. Kalau nak makan nasi goreng ke nasi berlauk ke ikan bakar ke, memang tak dapatla kat sini. Kedai ni terletak jauh sikit dari bandar Kuantan iaitu di Sungai Karang . Nama kafe ni adalah Port Kawan Cafe . Papan tanda di pintu masuk Cafe Port Kawan Jika anda dari bandar Kuantan, pergi ke Jalan Beserah menuju ke Balok . Bila dah jumpa Swiss Garden Hotel di sebelah kanan, maksudnya dah tak jauh dah tu. Kedai ni tak jauh dari pantai.. Bawah ni Yuyu tunjukkan kedai tu di Google Maps. Bagi yang suka menggunakan plus code, ini kodnya  W977+WX Balok, Pahang . Port Kawan Cafe ni baru dibuka pada April tahun ni (2018) kalau tak silap. Jadi menunya sedang bertambah dari semasa ke semasa. Waktu perniagaannya

Yuyuhanayuni - Bersantai di Pantai Sepat

Image
Assalamualaikum semua... Hari ini Yuyu nak bawa semua ke salah satu tempat yang menarik di Kuantan yang jarang orang kunjungi kecuali orang tempatan iaitu Pantai Sepat .  Pantai Sepat ni terletak di Kampung Sepat yang terletak seberang Bandar Kuantan. Nak pergi ke sini kena melalui Tanjung Lumpur yang biasanya menjadi tarikan orang untuk makan malam kerana terdapat banyak restoran ikan bakar. Jarak dari bandar Kuantan ialah lebih kurang 25 minit sahaja. Pantai ni menarik sebab kawasan pantainya yang sangat luas, jauh lebih luas dari Teluk Chempedak. Lagipun, kita boleh bawa kereta berhampiran dengan pantai. Kalau yang ada campervan tu, memang sesuai sangat la gi kat sini. Bawah ni adalah sebahagian gambar Pantai Sepat yang sempat Yuyu ambil untuk tatapan semua. Pantai Sepat ni tiada pihak yang menguruskannya. Jadi, kita sebagai pengguna haruslah menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di kawasan pantai. Terdapat beberapa gerai, kedai

Ulam Raja

Image
Assalamualaikum Gaiss .. Okey Hari ini Yuyu nak cerita pasal ulam raja. Ulam raja ni dekat kampung Mak dah tanam lama dah, memang banyak sangat. Ada yang dah tinggi 1 meter. Tapi kalau ikutkan, ulam raja ni boleh tumbuh sampai ketinggian 2 meter. Uuu.. tinggi tu. Tapi tinggu sangat nanti susah plak nak ambil pucuknya.. 😅 Kalau kat kampung ni, mak tanam kat depan rumah, tapi angin dah bawa benih ulam raja ni sampai kat belakang rumah. Ada yang dah 1 meter lebih Yuyu tengok.  Hari ini Yuyu nak petik pucuk ulam raja yang kat depan rumah untuk dijual dan sebab nak kemaskan bahagian depan rumah. Nak tanam semula ulam raja ni dengan buat batas baru supaya tersusun dan senang nak petik. Gambar sebelum Yuyu petik ulam raja ni lupa nak ambil jadi ada gambar yang dah petik jelah. Ni gambar gambar ulam raja yang dah dipetik. Dua tangan, lain tuan.. 😜 Penuh satu bakul sekali petik. Tu pun banyak pokok ulam raja dibuang untuk susun cantik2 di batas baru Ini pula gambar ulam

Kedai Roti Canai Planta

Image
Assalammua'laikum semua.. Entri kali ni Yuyu nak cerita pasal satu kedai makan yang terkenal dengan roti canainya sejak berpuluh tahun dahulu.. Roti canai ni digemari oleh ramai tak kira Melayu, Cina mahupun India. Kedainya dari dulu sampai sekarang memang tak berubah.. Cuma ada pembaikian sedikit.. yang Yuyu nampak macam bahagian bumbung je la..dah berpuluh tahun la katakan..   Haa.. nampak tak dalam screenshot Google Maps ni. Roti Canai Planta.. Kedai ni terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Lembing dan Jalan Haji Junid. Betul-betul kat penjuru kedai dia. Kalau kita dari Jalan Stadium atau dari Balai Bomba Kuantan, ambil simpang kiri ke Jalan Haji Junid yang menuju ke arah Bukit Setongkol. Kat simpang tepi tu je.. Gambar ihsan dari Google Street View sebab lupa ambil gambar aritu.. Bawah pokok besar ni la terletaknya Kedai Roti Canai Planta, antara kedai legend di bandar Kuantan. Memang kecik je kedainya tapi orang sentiasa ramai, biasanya di

Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim (Kuantan)

Image
Assalammua'laikum semua.. Hari ni Yuyu nak bercerita pasal jalan-jalan cari makan di Kuantan. Tempat yang Yuyu suggest ni memang sedap makanannya.. Uolss sampai Kuantan boleh lah try ye? Okey Yuyu nak ceritakan pasal sarapan pagi. Kedai pertama yang dicari untuk sarapan pagi adalah Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim. Nama official kedai ni Yuyu tak tahu tapi pemilik gerai ni dulu namanya Wan Ibrahim. Semua family Yuyu panggil dengan nama Gerai Nasi Lemak Wan Ibrahim. Anak sedara Yuyu panggil gerai tu sebagai Kedai Jauh. Sebabnya atuknya selalu bagi alasan tanak beli kat kedai tu sebab jauh. Hehe.. Apa yang menarik disini? Paling menarik bagi Yuyu di kedai ini ialah sambal nasi lemaknya. Kalau makan memang mintak sambal lebih je. Kalau tapau memang satu plastik khas untuk sambal sahaja. Walaupun sambal ini rasanya dah kurang sedikit berbanding dengan dulu tetapi masih sedap dan masih tidak dapat dilawan oleh mana-mana sambal nasi lemak, bagi Yuyu lah. Selain sambal nasi lemak