Posts

Showing posts from 2018

Yuyuhanayuni - Roti Canai Planta

Image
Assalammua'laikum gaiss. Okey hari ni Yuyu nak ceritakan pasal makan-makan lagi. Hehe 😁 Resipi kali ini ialah roti canai planta ala-ala roti canai planta dekat Kuantan. Ni first time Yuyu buat roti canai, dan first time jugaklah buat roti canai planta. Selama ni makan kat kedai je dan kalau buat sendiri pun, mak yang buatkan. πŸ˜† Ni lah roti canai planta yang dah ready untuk makan. Makan dengan jagung manis. Okey tanpa berlengah masa lagi, jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuat roti canai Planta. Bahan-bahan: Tepung gandum 2 cawan kecil Garam 1 sudu kecil Gula 1 sudu besar Susu Pekat 1 sudu besar Planta 2 sudu besar Telur 2 biji Air 1 cawan kecil Sedikit Planta untuk memasak roti canai Yuyu guna tepung gandum jenama MFM Cap Ros Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula Masukkan 1 sudu besar susu pekat dan 2 sudu Planta Gaulkan tepung dan bahan-bahan tadi, kemudian masukkan 2 biji telur Gaulkan tepung sa

Yuyuhanayuni - Mi Goreng Mamak

Image
Assalammua'laikum gais.. Hari ni kita bersiaran dengan tajuk masak2. Hehe πŸ˜‹Kali ni Yuyu nak menceritakan antara favourite makanan Yuyu iaitu mi goreng mamak. Mi Goreng Mamak yang Yuyu buat ni versi gerai mamak bawah pokok ceri, Kuantan. Mi goreng mamak ni adalah hasil tinjauan Yuyu masa makan kat situ dulu. Mi goreng mamak ni kira legend la kat Kuantan. Dah berpuluh tahun mereka berniaga kat situ dan rasanya kekal sama dari dulu sampai sekarang walaupun dah bertukar generasi. Mi goreng mamak ni murah je sebab depa tak menggunakan ayam. Mi Goreng Mamak style gerai mamak bawah pokok ceri Kuantan Bahan-bahan yang digunakan  Mi kuning 1 peket Bawang merah 2 biji Bawang putih 4 biji Cili 6 biji Ubi kentang 1 biji Serbuk Kunyit Garam secukup rasa Cili kisar 3 sudu besar Sos tiram 3 sudu besar Karamel masakan 3 sudu besar Kicap Jalen Manis (Yuyu memang minat kicap ni. Guna jenama lain pun boleh) Chicken ball (sepatutnya tauhu tapi Yuyu tade jadi ganti je

Yuyuhanayuni - Ketam Masak Lemak Cili Api

Image
Assalammua'laikum semua sahabat2 yang dikasihi Allah S.W.T dan disayangi para nabi.. Yuyu nak tulis pasal menu tengahhari yang Yuyu masak hari ni iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api. Senang je nak masaknya.. Semua boleh buat punyalah.. Yuyu yakin! Ketam Masak Lemak Cili Api cara Yuyu Bahan-bahan yang digunakan: 🍚 Ketam Nipah 5 ekor (dibelah separuh) 🍚 Cili Padi 20 biji (ikut kesesuaian) 🍚 Kunyit Hidup 2 inci 🍚 Serai 3 batang 🍚 Bawang Putih 3 biji 🍚 Bawang Merah 4 biji 🍚 Santan 1 kotak 🍚 Daun Kunyit 3 helai diikat 🍚 Sos Tiram 1 sudu kecil (tak letak pun takpe) 🍚 Garam secukup rasa Cara-caranya: 1) Siang ketam dan basuh sehingga bersih 2) Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup sehingga lumat (kalau nak senang, blender je) 3) Masuk sedikit minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi, serai dan daun kunyit. Tumis sehingga naik bau 4) Masukkan ketam dan tambah air (Yuyu agak2 je) 5) Mas

Yuyuhanayuni - Ganti Paip Bocor

Image
Assalamualaikum pada para sahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan dikasihi para nabi sekalian. Hari ini Yuyu nak cerita pasal penggantian paip PVC yang masuk ke tangki rumah. Untuk ganti paip ni Yuyu tak buat sendiri tapi Yuyu panggil tukang paip. Sebabnya dah dua tiga kali kami panjat siling tampal paip bocor. Yuyu takde tangga. Nak panjat kena panjat kat grill pintu dapur dan panjat pintu dapur. Agak menyakitkan kaki dan menggunakan tenaga yang banyak. Lagipun boleh claim dengan owner rumah jadi tak perlulah nak panjat bagai, nak beli barang lagi kan? Tak tahan  Yuyu sebab bocor yang last sekali ni sampai banjir bahagian dapur. Bayangkan besen besar pun boleh penuh dengan air sebab bocor dari atas siling. Stress!! Yuyu cari tukang paip kat Google. Cari punya cari dapatlah seorang tukang paip ni yang duduk tak jauh sangat dari kawasan rumah Yuyu. Dia kata dia ada kat kenduri kahwin. Lepas dia balik kenduri baru dia datang rumah untuk check apa masalah. Mula mula ingatkan pel