Posts

Showing posts from August, 2018

Sembelit yang sangat menyakitkan..

Image
Assalamualaikum semua.. Semalam Yuyu kena sembelit. Dah dua hari sebenarnya Yuyu kena sembelit tapi tak tahu nak buat guane. Bila Yuyu kena sembelit ni, memang rasa  nak ke tandas tapi tanak keluar pulak. Dahla tanak keluar, perut Yuyu pun rasa kembung semacam je. Kalau nak kata kurang minum air masak, Yuyu minum lebih 1.5 liter sehari, kat opis je. Kalau tambah kat rumah pulak, memang sangat-sangat mencukupi la air dalam badan ni. Untuk menghilangkan rasa sakit sembelit tu, Yuyu letak bantal panas, sapu gel urut MMG, makan buah, minum air halba pun sudah tapi semua tak jalan. So last resort, yuyu cari ubat dekat farmasi. Pharmacist tu ada cadangkan 2 ubat. Satu ubat pil, satu lagi ubat masuk ke dalam dubur.. Ee.. macam seram je dengar. Kata pharmacist tu lagi, ubat yang masuk ke dubur tu lagi cepat kesannya. Tapi disebabkan takut, Yuyu ambil ubat pil je dulu. Nama ubat tu Dulcolax. Harganya RM5.90 untuk 20 biji. Kena makan 1 biji 2 kali sehari. Rasanya sedap bukan macam ubat-

Pindah bekas baru

Image
Assalamualaikum gaiss.. Hari ini you you nak share sawi batang putih yang Yuyu semai dalam 2 minggu lepas. Sekarang ni sawi tu dah tinggi sikit. Masa Yuyu semai benih sawi tu dulu, Yuyu tabur je benih tu banyak2. Sepatutnya satu petak tu Yuyu kena letak satu biji je tapi Yuyu nak sawi tu naik banyak-banyak serentak. Bila dah banyak Yuyu nak tukar bekas untuk letak satu-satu pokok sawi tu. Bekas ni Yuyu beli dekat kedai RM2, macam biasalah. Bekas tu ada 32 petak untuk Yuyu letak semua biji biji sawi Yuyu. Okey ni gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas Yuyu pindahkan sawi batang putih tu..  Sawi batang putih sebelum dipindahkan ke bekas lain Proses pemindahan sedang berlaku Yuyu letak bekas ni di rak kasut yang dah tak digunakan lagi Gambar dari atas setelah sawi batang putih dipindahkan ke bekas baru dan disiram serta diberi baja.. Tak sabar nak tunggu besar untuk mula menuai.. Lepas ni nak beli lagi bekas ni dan penuhkan rak kasut untuk tanam sayur l

Kapsul Masa

Image
Assalammua'laikum uolls.. pernah dengar tentang kapsul masa tak? Ala.. Macam masa kecik2 dulu.. tulis apa2 kat  kertas, letak dalam bekas, pastu tanam dalam tanah dan nak buka bila besar nanti. Ada jugak yang siap lukis peta kat mana kapsul masa tu ditanam 😀 Kapsul Masa di R&R Rawang Hujung bulan Mei lepas ada masuk berita bahasa kapsul masa dekat RNR Rawang yang sepatutnya di buka oleh Tun Mahathir pada hari itu, selepas tamatnya tempoh konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018. Ada beberapa lagi kapsul masa yang Tun Mahathir tanam di sekitar Lembah Klang antaranya kompleks membeli belah The Mall yang sekarang ni dikenali sebagai Sunway Putra Mall selepas dibeli oleh Sunway Berhad yang mana kapsul masanya akan dibuka pada tahun 2087. Tempat lain adalah Monumen Millenium Putrajaya (akan dibuka tahun 2020), Bursa Malaysia (2 kapsul masing2 ditanam oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin).  Yuyu sempat singgah di RNR Rawang pada hu

Kebun kecilku

Image
Assalammua'laikum semua... Hari ini nak cerita pasal kebun kecil Yuyu. Yuyu duduk rumah teres yang sepatutnya ada kawasan tanah sikit tapi kan kawasan tu owner rumah dah simenkan jadi tak bolehla menanam kat tanah. Yuyu ingat nak buat hidroponik tapi Yuyu mula dengan tanam dekat pasu dululah. Yuyu baru je start tanam sikit2 ni.  Antara pokok yang Yuyu ada ialah pokok bidara epal yang anak pokoknya Yuyu beli dekat pasar malam. Nanti pokok tu dah berbunga dan tinggi skit, Yuyu nak bawak balik kampung untuk tanam di tanah yang luas. Pokok lain adalah serai, pelam kuini, pandan, halia, kunyit dan sayur sawi batang putih. Pelam kuini tu Yuyu tanam dari biji buah kuini yang Yuyu beli kat pasar malam kalau tak silap. Sekarang dah besar. Sawi batang putih dan Serai Pelam Kuini dan Bidara Epal Kunyit dan Teratai Pandan dan Kaktus Comel :) Nanti Yuyu nak beli baja air pastu bolehla letakkan pandan dalam akuarium dan letak dalam rumah.

Post pertama Yuyu.. MAKAN!!!

Image
Post pertama Yuyu.. MAKAN!!!.. Salad Buah Assalammua'laikum gais.. first post Yuyuhanayuni adalah pasal makanan. Sape tak suka makan, kan? Tapi ni makanan sihat untuk diet yang sihat. Nampak menarik tak salad buah yang Yuyu buat ni?  Buah-buahan yang Yuyu guna untuk buat salad ni.. buah naga, timun jepun, buah pear, anggur, lobak, blueberry, avocado, epal merah. Sos tu Yuyu buat guna avocado dengan mangga yang diblend bersama. Ambil buah, cicah sos.. Yummy!!! Sedap dan sihat!